Skip to content

Showroom in Cheras, Kuala Lumpur · Supply & installation across Malaysia

Karpet Masjid · Mosque Carpets

Karpet masjid, saf demi saf.Mosque carpet, planned saf by saf.

Karpet masjid dan surau dengan garisan saf yang lurus, dirancang mengikut kiblat dan tiang dewan anda. Dibekal dan dipasang oleh pasukan kami. Mosque and surau carpet with true saf lines, planned around your qibla and pillars, supplied and installed by our team.

  • 65 reka bentuk · 65 designs
  • Saf 1.33 m · 3 saf setiap gulungan 4 m
  • Bekal & pasang · Supply & install

Dibina untuk jemaah harian

Karpet yang lurus, selesa dan tahan lama.

Karpet masjid dipijak, dilutut dan disujud lima kali sehari. Kami pilih kepadatan dan ketinggian bulu yang selesa untuk sujud dan tahan di saf hadapan, dengan lapisan belakang yang kekal rata dalam cuaca lembap Malaysia.

A prayer-hall carpet is walked, knelt and prostrated on five times a day. We specify density and pile height for comfort in sujood and resilience in the front saf, with a backing that stays flat in our humidity.

Ikut kiblat · Qibla first

Saf pertama ditanda dari garisan kiblat yang disahkan. The first saf is set out from a verified qibla line.

Sambungan di sempadan saf

Seams fall on saf borders, never across a row.

Saf 1.33 m

Deeper rows give room for a full sujud; three safs per 4 m roll.

Underlay pilihan

Optional 7–11 mm underlay for comfort and sound absorption.

Kalkulator saf & jemaah

Berapa saf, berapa jemaah, berapa gulungan?

Masukkan ukuran dewan solat anda. Kami kira bilangan saf, anggaran kapasiti jemaah, gulungan karpet dan lebihan — serta kos anggaran untuk poster kempen wakaf. Enter your prayer hall size for safs, capacity, rolls, wastage and an estimated cost.

Pilih gred · Choose a grade

Tiga gred untuk setiap bajet.

Anggaran di bawah termasuk bekalan dan pemasangan, tidak termasuk underlay. Estimates include supply and installation, excluding underlay.

Bajet · Budget

Heat-set PP & akrilik · 20–28 oz

Untuk surau dan kegunaan sederhana. For surau and lighter use.

Anggaran pasang siap · Installed estimateRM 4 – 6 / sqft

Standard · Standard

Cut-pile graphic & heat-set frieze · 28–34 oz

Tahan lasak untuk dewan masjid yang sibuk. Durable for busy masjid halls.

Anggaran pasang siap · Installed estimateRM 6 – 8 / sqft

Premium · Premium

Wilton Turki · 1,600–3,000 g/m² pile

Paling padat dan selesa untuk dewan solat utama. The densest choice for main halls.

Anggaran pasang siap · Installed estimateRM 9 – 15 / sqft

Cara kami bekerja · How we work

Dari ukur tapak hingga serahan.

  1. Ukur & sahkan kiblat

    Kami ukur dewan, tanda tiang dan sahkan garis kiblat. We measure the hall, mark pillars and confirm the qibla.

  2. Pilih reka bentuk

    Lihat sampel di bilik pameran atau di tapak. See samples and choose a grade for your traffic.

  3. Sebut harga bertulis

    Karpet, underlay, pemasangan dan pembuangan karpet lama disenaraikan. An itemised written quotation.

  4. Pasang & serah

    Dipasang di antara waktu solat, selari dinding kiblat. Installed between prayers, then handed over.

Wakaf & sumbangan

Sokongan untuk kempen wakaf karpet.

Kami bantu AJK masjid merancang kempen dengan angka yang jelas dan dokumen yang lengkap.

We help mosque committees run carpet wakaf campaigns with clear numbers and proper paperwork.

  • Sebut harga rasmi atas nama masjid · Official quotation in the mosque’s name
  • Kos sesaf, setempat sujud dan sekaki persegi untuk poster · Cost per saf, per prayer place and per sqft
  • Jadual bayaran dibincang ikut kutipan · Payment schedule discussed around your collection
  • Laporan kemajuan & serahan bergambar · Progress photos and a handover report

Soalan lazim · FAQ

Soalan tentang karpet masjid?

Jawapan dalam Bahasa Melayu dan English.

Berapakah harga karpet masjid? · How much does mosque carpet cost?

Harga bergantung pada jenis tenunan, ketinggian dan berat bulu, keluasan dewan, underlay, pembuangan karpet lama dan lokasi. Gunakan kalkulator di atas untuk anggaran awal; sebut harga bertulis diberi selepas ukur tapak.

It depends on construction, pile height and weight, hall size, underlay, removal of old carpet and location. Use the estimator above for a first figure; we confirm a written quotation after measuring the hall.

Berapakah lebar satu saf? · How deep is one saf?

Kebanyakan reka bentuk Wilton kami berulang setiap 1.32–1.33 m, iaitu tiga saf bagi setiap gulungan 4 m. Kajian UiTM mendapati jarak 108–120 cm agak sempit untuk sujud sempurna bagi jemaah berketinggian purata dan ke atas.

Most of our Wilton designs repeat every 1.32–1.33 m, so each 4 m roll carries three safs. A UiTM study found 108–120 cm spacing tight for a full sujud for average-height and taller jemaah.

Berapa ramai jemaah boleh ditampung? · How many jemaah will fit?

Bilangan saf = kedalaman dewan (tolak ruang imam) ÷ lebar saf. Jemaah sesaf = panjang saf ÷ 0.6 m. Garis panduan PLANMalaysia menggunakan 1 m² bagi setiap jemaah sebagai semakan.

Number of safs = hall depth (minus the imam area) ÷ saf depth. Jemaah per saf = saf length ÷ 0.6 m. PLANMalaysia's guideline of 1 m² per jemaah gives a cross-check.

Bagaimana saf dipastikan tepat ke arah kiblat? · How do you align the saf to the qibla?

Kami mula dari garisan kiblat yang disahkan (oleh JAIN/MAIN/JAKIM atau mihrab sedia ada) dan menanda saf pertama dengan laser. Jika dinding tidak selari dengan kiblat, karpet mengikut kiblat.

We start from the verified qibla line (JAIN/MAIN/JAKIM, or the existing mihrab) and laser-mark the first saf. If the walls are not square to the qibla, the carpet follows the qibla.

Perlukah underlay? Gam atau regang? · Do we need underlay? Glue or stretch?

Underlay 7–11 mm menambah keselesaan sujud dan meredam bunyi. Kaedah regang lebih empuk; kaedah gam lebih stabil untuk laluan sibuk dan kerusi roda. Kami cadangkan kaedah selepas memeriksa lantai.

A 7–11 mm underlay makes sujud more comfortable and dampens sound. Stretch-in feels softer; glue-down is steadier for busy routes and wheelchairs. We recommend a method after inspecting the floor.

Berapa lama pemasangan? · How long does installation take?

Surau kecil biasanya siap sehari; dewan sederhana 2–4 hari. Masjid besar dipasang berfasa di antara waktu solat, dan kami elakkan hari Jumaat. Tempah awal sebelum Ramadan.

A small surau usually takes a day; a mid-size hall 2–4 days. Large mosques are done in phases between prayers, avoiding Fridays. Book well before Ramadan.

Apa jadi pada karpet lama? · What happens to the old carpet?

Kami tanggalkan dan lupuskan. Karpet wakaf yang masih elok boleh disalurkan ke surau lain di bawah seliaan nazir, seperti panduan Jabatan Mufti Selangor.

We remove and dispose of it. Wakaf carpet in good condition can go to another surau under the nazir's supervision, following Selangor Mufti guidance.

Bolehkah anda bantu kempen wakaf karpet? · Can you support a wakaf campaign?

Boleh. Kami sediakan sebut harga rasmi atas nama masjid serta kos sekaki persegi, sesaf dan setempat sujud untuk poster kempen, dan laporan serahan bergambar.

Yes. We provide an official quotation in the mosque's name, costs per sqft, per saf and per prayer place for campaign posters, and a photo handover report.

Berapa lama karpet tahan? · How long does it last?

Bergantung pada bilangan jemaah dan penjagaan. Vakum sekurang-kurangnya seminggu sekali dan cuci dalam setiap 12–18 bulan.

It depends on traffic and care. Vacuum at least weekly and deep-clean every 12–18 months.

Start your project

Tell us about your space. We take it from measurement to handover.

Request a quote WhatsApp us

019-423 3551 · Mon – Fri, 9:00am – 5:00pm